Simpanan Emas Tips Mudah Pelaburan, Membeli dan Menyimpan Emas

Anda mahu adakan simpanan emas? Memang di pasaran sekarang ini terdapat berbagai jenis dan jenama emas yang ada. Susah mahu pilih yang mana satu?

  1. Barang Kemas (BK)? atau
  2. Gold Bar (GB)/Jongkong Emas? atau
  3. Syiling Dinar Emas? atau
  4. Akaun Simpanan Emas?

Di sini saya ingin membantu anda bagaimana anda boleh mulakan simpanan emas dengan betul dan mudah mengikut budjet anda.

Namun, sebelum anda ingin mulakan simpanan emas, lebih baik saya jelaskan apa maksud “Pelaburan Emas” yang sebenarnya.

Pelaburan emas bukanlah bermaksud anda beli emas dan tunggu pulangan secara bulanan. Pelaburan emas yang sebenarnya dan sah ialah pelaburan yang TIDAK MENJAMIN pendapatan tetap anda setiap bulan atau tahun. Tiada sistem pelaburan emas di dalam dunia yang menjanjikan keuntungan setiap hari, minggu, bulan atau tahun kepada anda.

Jika ada mana-mana syarikat pelaburan emas atau individu yang menawarkan pelaburan emas dengan pulangan secara tetap atau pulangan lumayan tanpa memberi jongkong emas atau pun harga emas yang mereka tawarkan terlalu murah…maka cepat-cepat jauhi, kerana kemungkinan besar anda akan terjebak ke dalam “skim cepat kaya” yang bertopengkan emas.

Mereka inilah ‘Scammer‘ yang akan mengaburi mata orang ramai dengan istilah pelaburan emas dengan menayangkan gold bar dan syiling dinar sambil memakai jam tangan berjenama mahal serta berkereta mewah.

Malang sekali, sehingga ke hari ini masih ada lagi individu yang terpedaya dengan penipuan yang bertopengkan pelaburan emas ini dengan nilai kerugian mencecah sehingga berjuta -juta Ringgit.

Oleh itu berhati-hatilah, jangan sampai terpedaya dengan janji manis pulangan sehingga 20% setiap bulan dengan melabur sebanyak Rm100 ribu! Modus operandi skim cepat kaya bertopengkan emas atau apa jua pelaburan ialah mangsa akan dibayar pada bulan pertama dan kedua sahaja. Masuk bulan ketiga dan seterusnya mulalah pemangsa menghilangkan diri dengan pejabat serta alamat mereka pun berkemungkinan sebenarnya tidak wujud!

Di sini saya kongsikan 5 tips yang berkaitan dengan pelaburan emas:

Tip #1: Emas Mana Sesuai Untuk Pelaburan

Di antara berikut jenis emas yang manakah paling sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan?

  1. Barang kemas (BK)? atau
  2. Gold Bar (GB)/ Jongkong Emas? atau
  3. Syiling Dinar Emas? atau
  4. Akaun Simpanan Emas?
Barang kemas
1. Barang kemas
Goldbar
2. Goldbar
Syiling emas
3. Syiling emas
Akaun pelaburan emas
4. Akaun pelaburan emas

Jawapannya: 2, 3 dan 4 di atas adalah yang paling sesuai.

Mengapa?

Barang kemas atau emas hiasan mempunyai kadar selisih harga beli dan jual (spread) yang agak besar iaitu sekitar 20-25% atau lebih yang menyebabkan anda lambat mengaut keuntungan berbanding gold bar, dinar atau akaun simpanan emas iaitu sekitar 3-8% sahaja.

Sebagai contoh, jika anda beli barang kemas bernilai RM50,000 dan bila jual balik pada harga RM100,000, anda hanya dapat sekitar RM75,000 sahaja kerana sebanyak RM25,000 akan ditolak! Manakala jika anda beli jongkong emas atau syiling dinar bernilai RM50,000 dan bila jual balik pada harga RM100,000, anda akan dapat sekitar RM92,000 iaitu tolak RM8,000 sahaja!

Begitulah contoh pengiraan selisih harga beli dan jual keuntungan antara barang kemas dan emas pelaburan.

Sekarang adalah diharapkan anda telah pun faham jenis-jenis emas yang sesuai untuk dijadikan pelaburan.

Namun terdapat persoalan mengenai status patuh syariah sesuatu muamalat lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan emas dan perak.

Tip #2: Selisih Harga (Spread) dalam Pelaburan Emas

Emas jongkong sekadar hiasan
Jongkong emas sekadar hiasan

Dalam anda membuat pelaburan atau simpanan emas, pembelian emas pelaburan iaitu secara fizikal berupa jongkong emas atau dinar emas, apa yang paling penting ialah anda perlu tahu bahawa keuntungan pelaburan emas adalah pada ketika menjual balik emas yang dibeli. Gunakan strategi BELI dan TUNGGU, bukan TUNGGU dan BELI.

Dalam hal ini, perkara paling utama ialah anda perlu tahu spread atau selisih harga beli dan jual dalam pelaburan emas.

Seperti yang dibincangkan di Tip #1 di atas, terdapat banyak juga jenama jongkong emas dan dinar emas yang boleh anda dapati samada di bank-bank atau di kedai-kedai emas.

Disebabkan tiada negara di dunia yang mengawal harga beli dan harga jual emas, anda perlu kaji perkara ini sebelum meneruskan pembelian emas pelaburan yang pertama.

Baca Lagi…

Lock Harga Emas Semasa dan Deposit Secara Easy Payment Purchase (EPP) yang Patuh Syariah.

Pada masa ini, terdapat kemudahan untuk mula melabur emas dengan bajet yang rendah yang dipanggil sebagai Shariah Easy Payment Purchase (SEPP).

Anda boleh lock harga emas dan memilih untuk mulakan deposit secara bulanan bermula 4 sehingga 10 bulan. Ada juga syarikat jual beli emas perak yang tetapkan sehingga 6 bulan sahaja.

Stok boleh dipos atau diambil secara peribadi setelah selesai deposit selama tempoh tersebut. Jika anda mahu, boleh juga menghabiskan deposit awal dan ambil emas awal.


Baca Lagi…


Tip #4: Beli Emas dan Simpan Dalam Akaun Simpanan Emas

Akaun simpanan emas GAP ada pilihan New Site dan Classic Site

Gold Accumulation Program (GAP) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini disokong 100% oleh emas fizikal tanpa yuran atau sebarang sewa peti simpanan.

Cara ini didapati merupakan cara yang popular di kalangan penyimpan emas kerana tak perlu risau nak simpan emas yang dibeli. 

Pemegang akaun simpanan emas GAP boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpul kepada bentuk jongkong emas atau dinar emas melalui akaun atas talian dengan caj Gold Premium dan caj kurier yang minima. Jika nak keluarkan Goldbar lebih 20 gram boleh juga set appointment di mana-mana cawangan di seluruh negara.

Minima pengeluaran adalah 1 gram goldbar. Manakala baki minima dalam akaun hanyalah 1 gram sahaja.


Baca Lagi…


Tip #5: Manfaatkan Emas Pelaburan Dengan Ar-Rahnu

Contoh pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Pejabat Pos

Oleh kerana wang fiat dianggap sebagai wang sebenar sejak berkurun lamanya, maka pada hari ini ramai yang menganggap hanya orang terdesak tiada wang sahaja yang terpaksa pajak emas untuk dapat duit tunai.

Sedangkan yang sebenarnya ramai peniaga malah kontraktor telah memanfaatkan emas yang ada ditangan dengan sistem pajak Ar-Rahnu untuk dijadikan modal pusingan dalam perniagaan atau projek yang dilaksanakan.

Pada hari ini, terdapat banyak bank dan kedai pajak berlandaskan muamalat Islam Ar-Rahnu diwujudkan bagi mengelakkan umat Islam terjebak dengan sistem pajak gadai konvensional.

Namun, berhati-hati sekali lagi kerana terdapat ‘skim cepat kaya’ yang diwujudkan di sana sini. Oleh kerana sifat emas yang memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya, skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas ini didapati masih berlaku walaupun dalam skala yang kecil.

Kes penipuan skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas didapati berulang-ulang dengan jenama yang berbeza. Sebagai contoh mereka menggunakan kemudahan Ar-Rahnu kononnya boleh dapat pulangan simpanan emas dengan lebih pantas walhal menjebakkan pelabur emas dengan hutang di Ar-Rahnu.

Akhirnya ibarat pepatah “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran…”


Baca Lagi…


MENGAPA ANDA PERLU MENUKAR DUIT TUNAI KEPADA EMAS?

  • Pakar kewangan dunia menasihatkan agar menukar sekurang-kurangnya 10% daripada simpanan tunai kepada bentuk emas!
Berapa banyak perlu simpan emas?
  • Purata harga emas sentiasa meningkat – Purata kenaikan harga emas sekitar 15-25% dalam tempoh setahun!
Kadar keuntungan pelaburan emas setahun berbanding ASB, Bursa Saham dan Stock Exchange oleh Tuan Azizi Ali.
Kadar keuntungan pelaburan emas setahun berbanding ASB, Bursa Saham dan Stock Exchange oleh Tuan Azizi Ali.
  • Emas Kalis Inflasi – 1 Dinar emas boleh beli 1 ekor kambing sejak ribuan tahun sehingga pada hari ini!
  • Aset yang mudah dicairkan – Emas boleh ditukar kepada duit tunai pada bila-bila masa samada dengan menjual balik atau pajak Ar-Rahnu.
  • Sebagai Dana Kecemasan – Pakar kewangan mencadangkan setiap individu mempunyai dana kecemasan sekurang-kurangnya ENAM bulan.
  • Mudah Nak Beli Rumah – Sasaran untuk bayaran balik hutang rumah dengan lebih cepat. Boleh juga digunakan sebagai deposit pembelian rumah.
  • Elak kebocoran wang simpanan – Hanya 6% rakyat Malaysia mempunyai simpanan harta kekayaan (MOF, 2017). Baki 94% rakyat Malaysia tiada simpanan!
  • Pendidikan anak-anak – Kos pendidikan menjadi semakin turun sehingga 50% apabila dikira dalam bentuk emas!
  • Sebagai mas kahwin – Kembalikan zaman kegemilangan Islam dengan menggunakan wang emas seperti dinar.
  • Tunai ibadah Haji / Umrah – Sasaran simpanan 15 Dinar untuk mengerjakan Haji manakala 10 Dinar untuk mengerjakan Umrah.

APA KATA PENYIMPAN DAN PELABUR EMAS?

Sehingga kini terdapat lebih 500,000 penyimpan dan pelabur emas yang telah mendapat manfaat hasil dari menukar duit tunai kepada emas!

Sebelum ni saya tak tahu macam mana nak labur duit yang saya ada, dengan adanya platform ni.. Saya rasa lebih selamat dan terjamin untuk manfaatkan pelaburan yg betul-betul patuh syariah dan secure🤗

Nasra
Petaling Jaya


Akhir tahun lepas saya join Alhamdulillah dapat guide dari cikgu jual masa harga RM300/g dapat buat bayar deposit rumah mak saya. Syukur banyak-banyak cikgu.

Afdzal
Johor Bahru


Alhamdulilah.. sejak tahu cara nak simpan emas ni, saya dah dapat ubat penyakit boros belanja dan dah mula ada simpanan emas. Jika tidak memang tak ada simpanan harta langsung!

Umar
Sungai Petani


PERSOALAN YANG SERING DITANYA (FAQ)

BAGAIMANA SAYA BOLEH MULAKAN PELABURAN EMAS? / BERAPA MODAL NAK MELABUR EMAS?

Secara asasnya, terdapat 3 cara melabur emas:-

  1. Beli emas dan simpan sebagai aset.
  2. Beli emas, simpan dan jual bila harga tinggi.
  3. Beli emas sebagai stok untuk berniaga.

Untuk perkara (1) dan (2), anda boleh mulakan pada bila-bila masa dan boleh buat pilihan samada nak membu­at pelaburan emas secara berdikit-dikit dengan membeli dan menyimpan ­sekurang-kurangnya RM100 atau 1 gram emas.

Atau, anda boleh juga membeli emas secara banyak sekaligus seperti goldbar 24K (999.9) sebanyak 10g, 20g, 50g, 100g atau 250g bergantung kepada kemampuan kewangan anda. Apa yang penting ialah anda melakukan pembelian emas itu secara konsisten (istiqamah) sepertimana anda membuat potongan gaji untuk simpanan ASB atau Tabung Haji.

Anda boleh layari Program Pengumpulan Emas atau lebih dikenali sebagai Gold Accumulation Program (sila terus ke Langkah #1 di link tersebut) untuk mengetahui kaedah mudah buka akaun emas. Simpanan emas GAP adalah percuma.

Jika anda nak beli dan simpan sendiri emas serendah RM100, sila Daftar Percuma dahulu dan anda boleh Login akaun anda menggunakan nombor IC sebagai Username dan isikan password anda sendiri. Sila ikuti langkah di sini.

Namun, anda disaran untuk tidak menggunakan keseluruhan duit simpanan anda. Sila tinggalkan duit tunai sekurang-kurangnya untuk keperluan selama 3 bulan. Adalah dinasihatkan agar anda tidak menggunakan pinjaman bank untuk membeli emas melainkan anda berniat untuk berniaga.

Untuk perkara (3), anda boleh memulakannya dengan pembelian stok emas minima sekitar 100g (sekitar RM28,000). Namun, nilai yang paling minima RM18,000 juga kadang-kadang boleh diterima semasa ada promosi.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tidak rugi beli emas secara banyak sebab semua yang kita bayar adalah emas kita punya. Anda bukan habiskan duit beli emas, tetapi anda hanya tukar duit kepada emas.

Baca lagi di sini…

DI MANA SAYA BOLEH MELABUR DAN SIMPAN EMAS?

Setelah saya bandingkan pelbagai bank, syarikat dan kedai emas, saya dapati kedai emas Public Gold menawarkan kemudahan pelaburan emas yang terbaik. Anda boleh pilih samada nak simpan sendiri emas yang dibel­i atau disimpan di Public Gold secara pe­rcuma.

  • Jika anda nak simpan sendiri, boleh beli­ Gold bar / dinar emas 24K tanpa cukai GST / SST. Ca­j premium dikenakan untuk setiap jenis ema­s. Boleh daftar secara percuma untuk ketah­ui lebih lanjut dengan layari Pendaftaran Percuma. Seterusnya, anda boleh terus ikuti langkah demi langkah bermula dengan Langkah #1 di Jual Beli Emas.

PERHATIAN: ANDA AKAN MENERIMA EMEL PROFORMA INVOICE SEBAIK SAHAJA TEMPAHAN DIBUAT. SILA HUBUNGI SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN.

  • Jika anda nak simpan secara percuma di k­edai emas Public Gold pun boleh. Sila la­yari Gold Accumulation Program. Modal minima untuk mula pelaburan emas ial­ah RM100 sahaja. Untuk buka akaun emas GAP, anda boleh terus buat pemindahan (transfer) jumlah RM berdasarkan berat gram emas ke akaun bank Public Gold (Maybank / Public Bank) seperti yang saya tunjukkan di Gold Accumulation Program (GAP). Selepas akaun anda disahkan barulah anda akan dapat kod PG untuk login dan baru boleh terus buat pembelian menggunakan aplikasi akaun GAP.

BAGAIMANA NAK JUAL BALIK EMAS?

Anda boleh jual semula emas anda mengikut jenis emas seperti berikut:-

Kaedah #1: Akaun simpanan GAP.

Anda boleh jual melalui akaun GAP dengan login PG code dan Password anda. Jika anda masih tiada PG code sila daftar percuma di sini. Selepas daftar anda akan dapat panduan seterusnya melalui emel atau sms.

Kaedah #2: Jual balik emas pelaburan.

Jika anda simpan sendiri, login di web Public Gold menggunakan PG Code untuk lock harga jual dan submit ke PG. Anda boleh serah emas ke mana-mana cawangan PG terdekat dalam tempoh 48 jam hari bekerja. Duit tunai akan dibayar terus ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja selepas serahan emas dibuat.

Kaedah #3: Jual balik emas perhiasan seperti gelang, cincin, rantai emas 916 atau emas pelaburan pelbagai jenama.

Anda boleh jual semula emas perhiasan tanpa perlu surat emas. Emas pelaburan seperti Dinar Kijang dan Goldbar Amethyst walaupun dah kemek atau tiada resit belian pun boleh dijual balik. Hanya perlu daftar secara online sahaja dulu di Daftar Percuma dengan Password Sendiri di sini.

Kemudian bawa emas perhiasan beserta salinan buku akaun bank atau screenshot e-statement bank anda ke kedai Public Gold terdekat. Boleh dapatkan alamat cawangan di Cawangan Public Gold. Anda boleh hubungi / whatsapp staff untuk tahu waktu operasi.

Timbang dan dapatkan harga.

Jika setuju dengan harga, PG akan transfer duit tunai ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam. Kemudian anda boleh keluarkan. Atau anda boleh tukar duit tunai kepada emas pelaburan 24K LBMA yang tidak dikenakan GST seperti yang terdapat di posting ini: Cara Jual Emas Perhiasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: